author Call Us: 012-628 4068

Compare Listings

5 Basic Tips Untuk Beli Rumah

5 Basic Tips Untuk Beli Rumah

Memiliki sebuah rumah yang selesa dan mewah sememangnya menjadi impian setiap individu. Namun, untuk mencapai hasrat tersebut beberapa faktor penting perlu dititikberatkan oleh setiap individu yang berniat untuk membeli rumah.

Seorang pengguna Facebook, Fatin Abdul Rahman ada berkongsi tentang 5 tips asas yang perlu ditekankan oleh setiap individu sebelum membeli rumah. Jom kita tengok!

Tips Beli Rumah - 5 Basic Tips Untuk Beli Rumah

Pertama sekali ialah semak kelayakan dan bajet. Yang ini memang perkara utama dalam membeli rumah. Kebanyakan kita yang beli rumah melalui pinjaman bank atau kerajaan kan? Jarang sangat yang beli rumah secara tunai.

Jadi, kalau nak pinjaman mudah lulus, ikutlah kelayakan dan bajet kita sendiri. Kalau kita hanya layak beli rumah RM200 ribu, carilah rumah sekitar harga tersebut.

1580187378 666 Tips Beli Rumah - 5 Basic Tips Untuk Beli Rumah

Seterusnya bersiap sedia dari segi kewangan. Contohnya kalau nak beli rumah banyak kos yang kita perlu keluar. Lagi-lagi kalau beli rumah subsale. Sediakan at least 15% hingga 6% bajet dari harga rumah untuk deposit, yuran guaman, duti setem serta kos penilaian. Kalau tak cukup tak apa, ada cara untuk kurangkan kos ini.

Lepas dah beli rumah, of course setiap bulan kita kena bayar bank. Bukan itu sahaja, kita juga perlu bayar bil air dan bil elektrik setiap bulan. Ambil kira juga kos-kos lain yang perlu kita bayar pada masa-masa tertentu seperti cukai pintu, cukai tanah, indah water, dan maintenance.

Jadi, bila dah ada rumah sendiri nanti, kita wajib ambil tahu kos-kos ini supaya kita lebih bersedia dari segi kewangan dan ada bajet yang mencukupi.

1580187561 116 Tips Beli Rumah - 5 Basic Tips Untuk Beli Rumah

Selain itu, beli rumah keperluan. Maksudnya, bagi mereka yang pertama kali nak beli rumah untuk duduk sendiri, sebaiknya tidak terus beli rumah idaman. Mulakan dengan membeli rumah yang biasa-biasa sahaja dahulu. Lagi-lagi pasangan yang baru berkahwin atau keluarga masih kecil.

Beli rumah 3 bilik dan 2 bilik air dah memadai untuk hidup dengan selesa. Rumah kecil ini lagi senang nak jaga. Nak sapu, mop atau bersihkan rumah pun tak ambil masa yang lama. Nanti bila keluarga dah besar sikit, bolehlah upgrade beli rumah idaman yang lebih luas.

Utamakan keperluan diri dan keluarga. Sediakan satu list penting yang menjadi keperluan kita dan keluarga. Contohnya, kita nak pilih lokasi rumah yang berdekatan dengan tempat kerja atau pilih lokasi yang berdekatan dengan sekolah anak.

1580187561 806 Tips Beli Rumah - 5 Basic Tips Untuk Beli Rumah

Terakhir, view rumah sampai puas hati. Masa pergi viewing rumah, pastikan kita lihat puas-puas. Kalau ada apa-apa nak tanya, tanya sahaja sehingga kita rasa puas hati dengan rumah tersebut. Nak beli rumah ini bukan setakat dua tiga ribu tapi ratus-ratus ribu. Jadi tak perlu terlalu terburu-buru sebelum buat keputusan.

Tapi, tengok jugaklah, kalau kita nak beli rumah dekat kawasan ‘hot’ memang kena cepat sikitlah bertindak sebelum rumah itu disambar orang lain.

Sumber: Fatin Abdul Rahman

[ad_1]

Related posts

Kesilapan kewangan ini ada potensi punahkan hidup anak muda. Elak buat kalau tak mahu merana

Kalau silap urus kewangan, boleh jadi korang terpaksa tanggung sakit untuk satu jangka masa yang...

Continue reading

Elakkan 5 tabiat berbelanja yang buatkan kita jadi miskin ini

Dah jadi perkara biasa ramai orang jadi “miskin” bila tiba hujung bulan. Bila dah jadi macam...

Continue reading

Mana satu antara 7 kesilapan ini yang anda buat, yang buatkan hutang anda tak berkurang?

Awal tahun hari tu, siapa yang berazam nak langsaikan segala hutang-piutang? Tapi, sekarang dah...

Continue reading