author Call Us: 012-628 4068

Compare Listings

5 Punca Pelaburan Hartanah Gagal

5 Punca Pelaburan Hartanah Gagal

Sedar tidak sedar,
trend budaya memiliki hartanah semakin meningkat naik di kalangan rakyat
Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan kewujudan pelbagai portal
hartanah online.

Bahkan pelaburan
dalam hartanah telah menjadi begitu sinonim di kalangan rakyat Malaysia dan
bilangan pelabur hartanah tempatan di Malaysia juga telah meningkat sejak dua
dekad yang lalu.

5 Punca Pelaburan Hartanah Gagal1 700x326 1 - 5 Punca Pelaburan Hartanah Gagal

Pelaburan hartanah
boleh dikatakan sebagai pelaburan yang paling berisiko tinggi di antara semua
pelaburan yang lain dan antara yang paling tinggi kadar keuntungannya.

Baca : 5 Sebab Pelaburan Hartanah Adalah Pelaburan Terbaik

Mungkin mereka
mencari jalan untuk mencapai financial
freedom
atau mungkin juga mereka ingin mencapai nikmat kekayaan melalui
pelaburan hartanah.

Ada yang senyap-senyap berjaya dan ada juga yang senyap – senyap diisytihar muflis. Ada yang melabur untuk mendapat hasil sewaan bulanan dan ada yang melabur untuk flip di masa hadapan.

Baca : Pelaburan Saham vs Hartanah. Ini 9 Perbandingannya

Pelaburan hartanah bukanlah jalan singkat untuk cepat kaya, dan hanya sesuai untuk orang yang berjiwa besar dan mempunyai kesabaran yang tinggi.

Untuk itu, bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia melabur dan berjaya dalam hartanah, kita perlu mengenal pasti punca pelaburan hartanah itu gagal supaya menjadi pedoman dan pengajaran di masa hadapan.

Jom kita sama-sama tengok 5 punca pelaburan hartanah gagal seperti berikut.

1. Tidak Ikut Harga Pasaran Semasa

Buat masa ini harga
rumah di Malaysia mengalami penurunan yang sederhana dan trend ini dijangka
berterusan sehingga tahun 2020.

Ramai pelabur hartanah menjangkakan trend harga rumah akan terus naik  sekurang-kurangnya 3% setahun dan tidak akan turun pada tahun 2014 dan kenyataan ini ternyata salah sama sekali.

5 Punca Pelaburan Hartanah Gagal2 700x443 - 5 Punca Pelaburan Hartanah Gagal

Baca : 8 Saham Pelaburan Hartanah Di Malaysia

Trend harga rumah
meningkat sepanjang 2009 sehingga 2014 menyebabkan ramai pelabur gagal mengkaji
harga semasa menyebabkan ada di antara mereka menjual/ menyewa hartanah mereka
pada kadar lepas yang lebih mahal dan tidak mengikut harga pasaran.

Jika harga rumah teres di Kota Damansara pada tahun 2014 adalah RM550,000, harganya mungkin berbeza pada tahun 2019.

Apabila kita menjual atau menyewakan hartanah di atas harga pasaran semasa, hartanah kita berisiko tinggi untuk tidak dijual atau disewakan kepada orang lain.

2. Kosong Tanpa Penyewa

Di antara risiko terbesar pelabur hartanah adalah apabila hartanah mereka gagal disewakan atau berlaku kekosongan penyewa untuk satu tempoh.

Kes ini kerap terjadi apabila kita menyewakan hartanah kepada pelajar di IPTA dan IPTS. Langkah yang lebih bijak adalah dengan mencari penyewa baru sebelum tamat kontrak sewaan.

5 Punca Pelaburan Hartanah Gagal3 700x525 - 5 Punca Pelaburan Hartanah Gagal

Baca : Bukan Semuanya Indah Dalam Pelaburan Hartanah

Isu ini juga kerap
terjadi kepada pelabur hartanah yang mempunyai homestay, chalet, resort dan
hotel di kawasan peranginan.

Hartanah yang terlalu kerap kosong tanpa penyewa menganggu aliran wang tunai, sekaligus menjadi punca pelaburan hartanah kita gagal.

3. Modal

Sebahagian besar daripada pelabur hartanah yang mengalami masalah modal adalah kerana pengurusan kewangan yang lemah.

Baca : Jenis Pasaran Hartanah

Pelaburan hartanah memerlukan kita mempunyai aset mudah cair bagi menampung kos-kos lain seperti cukai pintu, cukai tanah, cukai pentaksiran hartanah, bayaran ansuran bulanan dan bayaran bil utiliti.

Kita perlu melihat pelaburan hartanah sebagai satu perniagaan, dan solusi terbaik adalah dengan menyediakan tabung atau dana kecemasan bagi menampung modal pusingan pelaburan hartanah anda.

4. Kerosakan Pada Hartanah

Terdapat pelbagai risiko kerosakan yang boleh berlaku kepada hartanah kita seperti kebakaran, kecurian, defect, vandalisme dan bencana alam.

Baca : Apa Itu Airbnb? Juga Ada Fakta Menarik Airbnb

Risiko lain adalah kerosakan yang dilakukan penyewa yang menyewa hartanah kita seperti kerosakan pada perabot, alat elektronik dan perkakas rumah.

5 Punca Pelaburan Hartanah Gagal5 700x436 - 5 Punca Pelaburan Hartanah Gagal

Solusi yang terbaik adalah dengan melanggan polisi takaful dalam menguruskan sebarang kerosakan hartanah kita dan mewajibkan penyewa untuk membayar wang deposit bagi menampung sebarang kerosakan terhadap hartanah kita.

5. Pulangan Lambat

Ramai pelabur
hartanah di luar sana yang bermula dengan aliran wang tunai negatif dan ada
juga yang hanya mendapat keuntungan serendah RM50 sebulan selepas ditolak
segala kos dan komitmen hartanah.

5 Punca Pelaburan Hartanah Gagal6 - 5 Punca Pelaburan Hartanah Gagal

Baca : 12 Lokasi Hotspot Pelaburan Hartanah Di Malaysia

Dalam pelaburan hartanah, hasil pulangan kadangkala sememangnya lambat, dan berkemungkinan memakan masa bertahun-tahun lamanya untuk kita benar-benar untung daripada hartanah yang kita miliki.

Cepat atau lambat, pulangan hasil hartanah sangat dipengaruhi oleh :-

  • Jenis pelaburan hartanah yang diceburi
  • Lokasi hartanah
  • Jenis hartanah
  • Harga jualan atau kadar sewaan

Dalam dunia ini, tiada pelaburan yang tidak mempunyai sebarang risiko. Risiko terbesar adalah apabila kita tidak membuat sebarang kajian dan strategi untuk pelaburan hartanah.

Baca : 3 Sumber Pendapatan Melalui Pelaburan Hartanah

Dengan kajian dan strategi yang betul, tidak mustahil untuk kita mencapai financial freedom melalui pelaburan hartanah.

Merancanglah dengan baik dan teliti kerana masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. Gagal merancang itu bermakna, kita merancang untuk gagal.

Source here

Related posts

Cara Nak Tahu Harga Rumah Tanpa Pergi Pejabat Tanah

Ada yang tengah survey rumah ke sekarang ni? Barangkali nak beli rumah semakin mencabar tahun 2018...

Continue reading

Serius, Adakah Ini Penyelesaian Untuk Mereka Yang Tak Mampu Tinggal Di KL?

Berapa ramai yang bekerja dan pada masa yang sama menetap di Kuala Lumpur? Saya pasti tidak ramai...

Continue reading

Ada Beza Ke Lot Bumi Dan Rezab Melayu?

Ramai orang tersalah sangka antara Lot Bumi dan Rezab Melayu. Tapi tahukan anda, istilah Lot...

Continue reading