author Call Us: 012-628 4068

Compare Listings

7 Sebab Kenapa Anak Muda Belum Beli Rumah

7 Sebab Kenapa Anak Muda Belum Beli Rumah

Ini adalah berdasarkan mesej yang diterima daripada followers yang mengadu mengenai masalah mereka.

#1. Gaji Yang Terlalu Rendah

Ramai yang tidak berkemampuan untuk membeli rumah disebabkan gaji yang terlalu rendah. Gaji minimum yang diperoleh antara RM900-RM1200. Dengan kenaikan kos hidup, gaji tersebut terpaksa diperuntukkan untuk membeli keperluan asas sahaja.

#2. Terlalu Banyak Hutang

7 Sebab Kenapa Anak Muda Belum Beli Rumah - 7 Sebab Kenapa Anak Muda Belum Beli Rumah

Belum bekerja lagi sudah ada hutang pendidikan, hutang PTPTN.

Dah dapat kerja terus bela hutang dan tunjuk perangai debt lovers tu. Antara hutang yang biasa dibuat ialah hutang kereta, pembiayaan peribadi, kad kredit, hutang Courts ataupun hutang kawan-kawan. Gaji diperuntukkan hanya untuk bayar hutang. Lepas tu tinggal RM200 je setiap bulan untuk hidup.

#3. Harga Rumah Yang Semakin Mahal

1580014020 566 7 Sebab Kenapa Anak Muda Belum Beli Rumah - 7 Sebab Kenapa Anak Muda Belum Beli Rumah

Harga rumah semakin hari semakin mahal. Contohnya harga rumah di kawasan Lembah Klang, bandar-bandar utama, Sabah dan Sarawak sangat tinggi nilainya. Segelinitir orang, target nak beli rumah atas tanah, rumah baru dibina tak pun rumah tepi KLCC; memang mahal der. Cuba usha rumah apartmen. Rumah buruk kau tak nak beli pula.

Baca juga Bank Negara Malaysia Kata Bukan Sebab Isu Kelulusan Pinjaman. Mungkin Ini Sebabnya Rakyat Masih Tak Mampu Beli Rumah

#4. Tiada Ilmu

1580014020 321 7 Sebab Kenapa Anak Muda Belum Beli Rumah - 7 Sebab Kenapa Anak Muda Belum Beli Rumah

Tiada ilmu asas seperti cara-cara untuk menguruskan kewangan dengan betul. Mengumpul deposit dengan cepat atau membeli rumah pertama dengan selamat. Jadi, cubalah luangkan masa mencari ilmu mengenai hartanah. Ramai sifu-sifu di luar sana.

#5. Takut / Risau

Pengalaman daripada orang sekeliling membuatkan mereka takut untuk membeli rumah. Bagi mereka, membeli kereta berharga RM120,000 lebih selamat daripada membeli rumah apartmen subsale yang berharga RM100,000.

Kalau beli rumah, mereka takut ditipu ejen, takut rugi, takut tak ada penyewa, takut tak lepas pembiayaan dan bermacam-macam lagi.

Cuba dulu baru tahu. Jangan memberi banyak alasan.

#6. Tiada Simpanan

1580014020 184 7 Sebab Kenapa Anak Muda Belum Beli Rumah - 7 Sebab Kenapa Anak Muda Belum Beli Rumah

Dah pakai kereta tak padan dengan gaji, travel sana sini, beli macam-macam barang kehendak macam mana nak buat simpanan. Ye tidak? Sukar untuk menyimpan walaupun RM100 setiap bulan. Simpan sebanyak 10% daripada gaji apatah lagi. Simpanan ini penting sebagai deposit rumah.

#7. Gaya Hidup

Gaya hidup yang mewah. Lebih mementingkan gaya hidup daripada keperluan hidup. Kereta nak yang import mewah saja. Telefon kalau tak iPhone tak sah. Alergik pakai baju murah. Makan mesti dekat tempat hipster.

.

Jadi apa tindakan kau untuk menempuh halangan-halangan ini? Kau nak terus memberi alasan ataupun nak mencari jalan keluar?

Tiada halangan yang tak mampu kau tempuhi. Setiap halangan pasti ada jalan penyelesaian.

Kena berusaha. Cari ilmu. Berkawan orang yang sudi tolong. Berkawan dengan orang yang boleh ajar kau untuk berjaya.

Takkan nak menyewa sahaja seumur hidup? Cari jalan penyelesaian. Jika sekarang kau pun susah nak beli rumah, anak-anak kau nanti lagi lah susah.

Jangan risau. Jangan terburu-buru untuk membeli rumah. Yang penting kena ada kesedaran dan mula bertindak.

Semoga tahun 2017 ini menjadi titik permulaan untuk mula membeli rumah. Tanamkan azam berserta usaha. Ayuh sama-sama kita berubah.

Baca juga 7 Panduan Mudah Untuk Membeli Rumah Di Usia Muda

Sumber asal : Amir Syahir, Hamba Allah yang sentiasa berkongsi Ilmu Hartanah, Pengurusan Kewangan, dan Ilmu yang bermanfaat.

Jangan marah orang yang beli rumah banyak konon jadi punca anda tak dapat beli rumah. Mereka jumpa sebab mereka cari. Mereka berilmu sebab mereka belajar. Mereka ada deposit sebab mereka simpan duit!

Source here

Related posts

Cara Nak Tahu Harga Rumah Tanpa Pergi Pejabat Tanah

Ada yang tengah survey rumah ke sekarang ni? Barangkali nak beli rumah semakin mencabar tahun 2018...

Continue reading

Serius, Adakah Ini Penyelesaian Untuk Mereka Yang Tak Mampu Tinggal Di KL?

Berapa ramai yang bekerja dan pada masa yang sama menetap di Kuala Lumpur? Saya pasti tidak ramai...

Continue reading

Ada Beza Ke Lot Bumi Dan Rezab Melayu?

Ramai orang tersalah sangka antara Lot Bumi dan Rezab Melayu. Tapi tahukan anda, istilah Lot...

Continue reading