author Call Us: 012-628 4068

Compare Listings

Akibat Kesilapan Bank, Wanita Ini Menjadi Multi Jutawan Dalam Sekelip Mata

Akibat Kesilapan Bank, Wanita Ini Menjadi Multi Jutawan Dalam Sekelip Mata

Beliau seorang wanita yang berumur 35 tahun dan bernama Ruth Balloon, menetap di Dallas Amerika Syarikat telah memeriksa baki akaun bank beliau, dan mendapati sesuatu yang luar biasa berlaku.

Ini disebabkan apabila beliau melihat angka digit dengan jumlah melebihi $37 juta telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Pada awalnya beliau menganggap seseorang telah menghadiahkan beliau dengan sejumlah wang tersebut, namun beliau tahu ‘it was too good to be true’, agak mustahil seseorang menghadiahkan sejumlah wang yang terlalu besar tanpa memaklumkan atau tanpa sebab yang kukuh.

Akibat Kesilapan Pihak Bank Wanita Ini Telah Menjadi Multi Millionaire Dalam Masa Sehari2 - Akibat Kesilapan Bank, Wanita Ini Menjadi Multi Jutawan Dalam Sekelip Mata

Beliau ingin merujuk jumlah wang tersebut kepada pihak bank, namun ruang untuk pertanyaan kepada pihak bank telah tertutup.

Lalu beliau membuat keputusan untuk membuat rakaman skrin (screenshot), lalu menghantarnya kepada suaminya, Brian yang berumur 39 tahun dengan persoalan ‘kenapa dan bagaimana mereka mempunyai sejumlah wang yang tidak masuk akal?’.

Brian hanya memberi jawapan, mungkin ianya adalah sebuah sindiket penipuan yang cuba untuk memerangkap mereka.

Namun tidak berapa lama selepas itu, beliau telah dimaklumkan oleh Bank LegacyTexas, jumlah wang melebihi $37 juta tersebut bukanlah Christmas miracle seperti yang difikirkan, tetapi ianya adalah disebabkan kesilapan juru wang bank tersebut memasukkan jumlah wang tersebut ke dalam akaun bank yang tidak sepatutnya.

Bank LegacyTexas juga memohon maaf, di atas kesilapan yang mereka telah lakukan dan bertindak untuk mengambil semula jumlah wang tersebut.

Walaupun ianya adalah kesilapan, namun Balloon sangat berbesar hati dengan peristiwa tersebut. Kerana pada beliau ianya bukan kisah dongeng pernah bergelar jutawan tanpa disengajakan, bukti rakaman skrin yang beliau simpan boleh dibuat kenang-kenangan.

Balloon menambah, peristiwa tersebut berlalu dengan terlalu pantas, sehinggakan beliau hampir-hampir tidak dapat berfikir. Apakah yang beliau patut lakukan, sekiranya duit sebanyak itu memang hak milik beliau.

Akibat Kesilapan Pihak Bank Wanita Ini Telah Menjadi Multi Millionaire Dalam Masa Sehari3 - Akibat Kesilapan Bank, Wanita Ini Menjadi Multi Jutawan Dalam Sekelip Mata

Tambah menarik apabila Balloon menyuarakan bahawa, jika sememangnya wang tersebut adalah hak milik mutlak beliau, beliau akan memperuntukkan 10% untuk menikmatinya dan menggunakan sebahagiannya untuk menderma kepada badan amal; dan selebihnya akan dijadikan pelaburan ke dalam hartanah.

Menarik bukan?

Bagaimana beliau merancang wang tersebut ke arah pelaburan untuk membina impian masa hadapan. Jika kita dapat durian runtuh seperti ini, apakah akan kita buat dengan wang tersebut?

Suka sekiranya kami berkongsi, walaupun wang tersebut terdapat di dalam akaun peribadi beliau, namun Balloon bertegas untuk tidak menggunakannya. Kerana beliau tahu bahawa wang tersebut bukanlah milik beliau, dan kejujuran mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding wang ringgit.

Source here

Related posts

Kisah Rider Lazada, GrabFood Buat 2 Kerja Dalam Sehari

Memang tak dapat dinafikan lagi dengan melakukan hanya satu pekerjaan tidak cukup untuk menampung...

Continue reading

Terpaksa Menjual Bijirin Sarapan Untuk Langsaikan Hutang, Ini Kisah Suka-Duka Pengasas Airbnb

  Kita mesti pernah dengar tentang Airbnb bukan? Ia merupakan platform untuk menyewa bilik...

Continue reading

11 Imigran Yang Berjaya Mencipta Kekayaan Di Amerika Syarikat

Amerika Syarikat merupakan negara yang paling ramai melahirkan para bilionaire berbanding...

Continue reading