author Call Us: 012-628 4068

Compare Listings

Cara berkesan simpan duit. Walaupun nafsu belanja kuat mengalahkan harimau buas.

Cara berkesan simpan duit. Walaupun nafsu belanja kuat mengalahkan harimau buas.

Letih juga kalau Admin asyik cerita pasal hartanah dalam blog ini.

Penulisan Admin kali ini tidak menyentuh tentang pelaburan hartanah. Tetapi lebih kepada aspek kewangan.

Buat pengetahuan anda, Admin selalu terima e-mel daripada pembaca-pembaca blog Admin.

Boleh Admin katakan, 9/10 daripada mereka mengalami masalah duit. Khususnya tidak tahu cara menguruskan duit.

1 Cara berkesan simpan duit (walaupun nafsu belanja kuat).

Admin ada 1 jalan penyelesaian yang mungkin boleh bantu para pembaca.

Lebih-lebih lagi kalau anda hadapi masalah seperti ini:

  1. Pendapatan tidak selalu melebihi perbelanjaan bulanan.
  2. Bila dapat duit bonus, nafsu selalu terkejut. Semua barang rasa penting untuk dibeli.
  3. Susah rasa mahu kawal nafsu untuk beli sesuatu. Biasanya nafsu melebihi akal atau rasional.

Jalan penyelesaian ini Admin dapat daripada seorang penulis namanya Karen Bruce. Ia bukan jalan penyelesaian yang “dijamin” jadi. Tetapi sekurang-kurangnya Admin mahu lihat anda semua guna teknik ini.

Teknik penjara poket 30 hari.

Karen Bruce gelarkan teknik ini sebagai “Peraturan 30 Hari.”

Admin pula lebih selesa gunakan ayat “Penjara Poket 30 Hari.”

Maksudnya, apa sahaja yang kita mahu beli (lebih-lebih kalau barang mahal), jangan beli cukup. Cakap pada diri sendiri bahawa perlu tunggu 30 hari lagi untuk buat keputusan.

Admin rasa lagi senang kalau bagi contoh.

  1. Admin baru dapat duit lebih (ekstra RM10,000) bonus sebab Admin merupakan pekerja cemerlang yang bos tidak sanggup lepaskan Admin untuk bekerja di tempat lain (Admin sengaja bagi hype. Baru gempak).
  2. Admin pun pergi ke kedai barang elektronik. Nampak pula smartfon baru berkilat boleh lipat. Harga RM8,000.
  3. Kalau ikutkan nafsu Admin, beli smartfon ini masih dapat lagi baki RM2,000.
  4. Tetapi Admin akan cakap pada diri sendiri, “Aku perlu bagi masa pada diri aku 30 hari, baru aku boleh buat keputusan yang rasional.”
  5. Selepas 30 hari, biasanya Admin akan terlupa pada smartfon itu. Dalam masa sama, sepanjang tempoh 30 hari itu, Admin akan cari jalan untuk simpan duit supaya duit Admin nampak macam tidak cukup.

Kenapa cara berkesan simpan duit ni menjadi? Apa rahsia di sebalik tip ni?

Kalau ikuti kisah ringkas Admin di atas, tingkah laku pembelian itu adalah tingkah laku yang normal berlaku pada majoriti manusia.

Ia adalah tingkah laku “impulse”, iaitu tingkah laku yang tidak rasional. Kita tidak berfikir semasa buat keputusan.

Kita hanya berfikir selepas dapat barang. Biasanya, ia berakhir dengan penyesalan.

Admin harap anda semua dapat manfaat daripada perkongsian tip kewangan ringkas ini. Akhir sekali, Admin mahu kongsi 1 pesanan daripada kawan Admin yang memang seorang usahawan hebaat,

“Kalau engkau tidak pandai uruskan RM1, jangan mimpi engkau boleh uruskan RM1 juta.”

Korang ada cara berkesan simpan duit yang korang sedia amalkan? Cuba share dengan Admin, nak tahu jugak apa lagi cara lain yang Admin boleh belajar daripada korang.

Source here

Related posts

5 kepercayaan karut tentang loan rumah. Buat, dan kewangan anda pasti sakit

Bukan senang nak beli rumah. Proses ni perlukan kesabaran dan juga usaha yang wajar (due...

Continue reading

Jaga-jaga. Ini padah bila anda ‘kantoi’ bayar ansuran rumah

Nak beli rumah, bukan satu kerja yang senang. Pasti ramai yang setuju dengan ayat ini. Pembeli...

Continue reading

11 perkara orang bijak ambil tahu sebelum refinance rumah

Kadang-kadang, ada masa tertentu yang kita tak cukup duit untuk buat sesuatu perkara. Dan...

Continue reading