author Call Us: 012-628 4068

Compare Listings

Rumusan Industri Hartanah Sepanjang Tahun 2019

Rumusan Industri Hartanah Sepanjang Tahun 2019

Industri hartanah
di Malaysia sepanjang tahun 2019 menyaksikan adegan turun naik yang dinamik dan
juga satu anjakan pertumbuhan positif dalam penjualan hartanah di Malaysia.

Kerajaan menerusi
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengambil langkah yang
produktif dalam membantu kedua – dua pihak pemaju dan pembeli.

Caranya adalah
dengan menyelesaikan lambakan hartanah tidak terjual dan membantu pembeli rumah
pertama melalui beberapa inisiatif dan kempen.

Baca : Belanjawan 2020 : Industri Hartanah Bakal Terima Impak Positif

Penyelidikan yang
mendalam dan teliti tentang permasalahan dan solusi juga rancak diperbincangkan
bukan sahaja di peringkat tertinggi bahkan sehingga ke pihak bawahan.

Di antara laporan penyelidikan hartanah yang paling popular telah  dikeluarkan sepanjang tahun 2019 adalah daripada Khazanah Research Institute (KRI), Bank Negara Malaysia (BNM), Real Estate & Housing Developers (REHDA) dan Demographia International.

Untuk rekod setakat
November 2019, Kempen Pemilikan Rumah (HOC) telah membantu pertumbuhan hartanah
terjual dengan penjualan membabitkan 28,000 unit hartanah pelbagai kategori
yang berjumlah hampir RM21 bilion.

Bahkan impak
positif dalam industri hartanah tidak terbatas menerusi kempen HOC sahaja.
Berikut merupakan rumusan dalam industri hartanah sepanjang tahun 2019.

1. Home Ownership Campaign (HOC)

Mula dilaksanakan
pada 1 Januari 2019 yang lalu dan berakhir 30 Jun 2019. Dek kerana permintaan
yang memberangsangkan dari pembeli rumah, kempen ini telah dilanjutkan ke 31
Disember 2019.

Baca : Pembiayaan Hartanah Dilanjutkan Sehingga 40 Tahun. Bagus Ke Tak?

Kempen ini
diumumkan pada Belanjawan 2019 November yang lalu dan direncanakan oleh Real
Estate & Housing Developers (REHDA) bertujuan untuk membantu pemaju menjual
lambakan unit hartanah yang tidak terjual dan membantu pembeli rumah pertama
membeli rumah pada harga yang lebih murah.

Menerusi kempen
HOC, pembeli rumah akan dikecualikan daripada kos duti setem, mendapat diskaun,
rebat dan cashback dengan pembelian hartanah yang didaftarkan dengan HOC.

Duti setem dan kos
perjanjian pinjaman juga diketepikan untuk RM1 juta yang pertama harga hartanah
dan pinjaman hartanah bernilai sehingga RM2.5 juta.

2. Kenaikan Penjualan Hartanah

Buat julung
kalinya, prestasi penjualan hartanah di Malaysia pada tahun 2019 meningkat dan
semakin pulih semenjak tahun 2015.

Berdasarkan data dari National Property Information Centre (NAPIC), urusan jual beli hartanah telah melonjak pada tahun 2019 kepada 160,172 transaksi dengan nilai RM68.3 bilion berbanding hanya 149,862 transaksi pada 2018 dengan nilai RM67.7 bilion

Rumusan Industri Hartanah Sepanjang Tahun 2019 3 700x385 - Rumusan Industri Hartanah Sepanjang Tahun 2019

Baca : Kenapa Harga Rumah Semakin Mahal?

“Tahukah anda, prestasi penjualan hartanah di
Malaysia meningkat 6.9% pada suku pertama 2019 berbanding suku pertama
2018.”

Rumah kediaman
daripada jenis kondominium yang berharga RM200,000
hingga RM300,000
yang dikategorikan sebagai rumah mampu milik yang tidak
terjual adalah lebih tinggi berbanding rumah kediaman mewah berharga RM1 juta
ke atas.

3. Semakan Semula Kadar RPGT

Dalam usaha untuk
menurunkan pasaran tidak terjual kediaman dan bilangan hartanah yang tidak
terjual, Kerajaan telah menyemak semula kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah
(CKHT) yang turut dikenali sebagai RPGT.

Rumusan Industri Hartanah Sepanjang Tahun 2019 4 700x368 - Rumusan Industri Hartanah Sepanjang Tahun 2019

Baca : Fahami  4 Jenis Cukai Yang Ada Di Malaysia

Semakan semula ini
bermaksud menambah baik layanan kadar CKHT dengan menetapkan nilai pasaran pada
1 Januari, 2013 sebagai harga pemerolehan harta tanah bagi harta tanah yang
diperoleh sebelum 1 Januari, 2013 berbanding 1 Januari 2000 yang ditetapkan sebelum
ini untuk tujuan pengiraan CKHT.

Baca : Hapuskan Intensif Cukai Yang Dah Lapuk

Di antara pengecualian CKHT adalah :-

  • Pengecualian keuntungan daripada
    penjualan hartanah kediaman sekali seumur hidup kepada individu.
  • Pengecualian keuntungan hasil
    penjualan hartanah kepada ahli keluarga.
  •  Hartanah di bawah RM200,000 akan dikecualikan daripada CHKT.
  •  10% keuntungan atau RM10,000 bagi setiap transaksi (yang lebih tinggi nilai) juga tidak dikenakan
    cukai

5. Hartanah RM600,000 – RM1 juta Untuk Warga Asing

Ini merupakan inisiatif yang paling kontroversi sepanjang tahun 2019 apabila Kerajaan menurunkan nilai ambang bagi kediaman high-rise di kawasan bandar kepada RM600,000 sahaja berbanding RM1 juta kepada warga asing.

Rumusan Industri Hartanah Sepanjang Tahun 2019 5 700x440 - Rumusan Industri Hartanah Sepanjang Tahun 2019

Baca : Nak Beli Hartanah Luar Negara? Ambil Tahu 4 Perkara Ini Dulu

Inisiatif ini
dikritik hebat oleh ramai pihak termasuk Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) yang
mengatakan tindakan ini hanyalah solusi jangka pendek dan hanya menunjukkan
Kerajaan lebih mesra pemaju berbanding kepentingan rakyat Malaysia sendiri.

Sungguhpun begitu, Tun Dr Mahathir menegaskan bahawa warga asing hanya boleh memiliki rumah high-rise di Malaysia sebagai rumah percutian dan mereka tidak sesekali akan ditawarkan kerakyatan Malaysia.

Untuk rekod,
hartanah kondominium dan pangsapuri tidak terjual setakat suku kedua 2019
bernilai RM8.3 bilion.

6. Skim Rent-To-Own (RTO)

Skim ini membantu
golongan B40 khususnya anak muda untuk membeli hartanah gara – gara tidak
berupaya membayar 10% deposit dan
kesukaran mendapatkan akses pinjaman pembiayaan hartanah mereka.

Apa yang menarik
tentang skim ini adalah, pembeli rumah mampu menggunakan skim ini untuk membeli
rumah pertama pada harga sehingga
RM500,000
.

Rumusan Industri Hartanah Sepanjang Tahun 2019 6 700x322 - Rumusan Industri Hartanah Sepanjang Tahun 2019

“Antara skim yang berada di pasaran adalah SP Setia
FlexKey, Skim Smart Sewa Selangor, PR1MA Rent-To-Own (RTO) dan HouzKEY
Maybank.”

Dalam bahasa mudah, kita menyewa rumah tersebut untu satu tempoh dan harga yang dipersetujui. Selepas itu, rumah itu boleh dijadikan rumah kita.

Akan tetapi, kadar
sewaan bulanan skim ini adalah lebih tinggi berbanding pasaran kerana
sebahagian wang dimasukkan ke dalam dana untuk membeli rumah tersebut.

Ini adalah
kelebihan Skim Pembiayaan Sewa Beli (RTO) :-

  • 0% Deposit
  • Pengecualian Duti Setem
  • Beli harga mengikut tarikh
    kontrak, jual pada harga pasaran.

Pasaran hartanah
untuk tahun 2020 dijangka terus berdepan dengan cabaran dalam menyelesaikan
lambakan hartanah tidak terjual sedia ada di pasaran.

Pemaju hartanah
juga wajar membina lebih banyak rumah
dalam kurungan harga RM282,000
ke bawah dan mengikut harga yang sesuai
untuk dibeli mengikut saranan BNM.

Diharapkan semoga Kerajaan kekal melaksanakan skim-skim dengan usaha sama pemaju hartanah dalam merangsang perkembangan industri hartanah bagi kepentingan pembeli.

Selagi isu golongan B40 tidak menerima kenaikan gaji yang setimpal dengan kadar inflasi dan kos sara hidup, selagi itulah kadar pemilikan hartanah Bumiputera kekal di takuk lama.

Source here

Related posts

Cara Nak Tahu Harga Rumah Tanpa Pergi Pejabat Tanah

Ada yang tengah survey rumah ke sekarang ni? Barangkali nak beli rumah semakin mencabar tahun 2018...

Continue reading

Serius, Adakah Ini Penyelesaian Untuk Mereka Yang Tak Mampu Tinggal Di KL?

Berapa ramai yang bekerja dan pada masa yang sama menetap di Kuala Lumpur? Saya pasti tidak ramai...

Continue reading

Ada Beza Ke Lot Bumi Dan Rezab Melayu?

Ramai orang tersalah sangka antara Lot Bumi dan Rezab Melayu. Tapi tahukan anda, istilah Lot...

Continue reading