author Call Us: 012-628 4068

Compare Listings

Tips Jual Rumah Ketika Masih Ada Penyewa

Tips Jual Rumah Ketika Masih Ada Penyewa

Dalam keadaan ekonomi sekarang ni banyak pemilik rumah di luar sana sedang jual rumah atau berkira-kira untuk menjual rumah. Ada yang cuba nak jual sendiri atau ada juga yang melantik ejen hartanah berdaftar menguruskan penjualan rumah.

Apabila lantik ejen hartanah berdaftar, semua urusan diserahkan kepada ejen hartanah. Dan ada kos ejen hartanah. Nak jimat boleh jual sendiri, tapi semua perkara kena buat sendiri.

Sebagai ejen hartanah berdaftar, menjual rumah yang ada penyewa di dalam rumah sungguh mencabar sekali.

Ada temujanji dengan klien ditunda atau dibatalkan pada saat-saat akhir gara-gara penyewa ada hal lain. Walaupun temujanji dah dibuat dengan penyewa lebih awal. Dan macam-macam lagi sabotaj yang penyewa boleh lakukan agar klien tak jadi beli rumah tersebut.

Bagi mengelakkan penyewa buat hal-hal yang tak sepatutnya, boleh cuba guna tips di bawah.

Tips Jual Rumah Ada Penyewa

Berikut adalah tips yang boleh pemilik rumah praktikkan agar penjualan rumah lebih lancar

Tawaran Kepada Penyewa Dahulu

Sebelum nak jual kepada orang lain, sebaiknya tuan rumah perlu maklumkan kepada penyewa dulu. Bagi tawaran paling awal kepada penyewa bagi membeli rumah tu.

Dan tawaran tu lebih manis sekiranya harga lebih murah sedikit atau ada pakej-pakej lebih menarik dalam tawaran tersebut

Sebab ada kes-kes yang saya uruskan, penyewa sendiri yang beli rumah.

Tawaran ni tak perlu bagi masa lama-lama. Cukup sekadar 2-3 hari sahaja.

Kalau penyewa kata tak berminat baru mula langkah seterusnya iaitu cari pembeli lain.

Prosedur Penjualan Rumah

Terangkan serba sedikit prosedur jual rumah kepada penyewa. Sebab rumah pasaran sekunder atau subsale, bakal pembeli perlu masuk sendiri ke rumah tu.

Pembeli akan membeli rumah as is basis. Bahasa senang faham beli apa yang nampak di mata.

Dengan ini penyewa perlu membenarkan ejen hartanah membawa bakal pembeli untuk masuk ke rumah. Ada 1 rumah berjaya dijual dengan membawa 1 klien sahaja. Ada juga dah 10 klien tak terjual juga rumah tu.

Ni kena tengok balik elemen-elemen lain seperti harga, lokasi dan pakej yang boleh menarik minat pembeli.

Rumah Kemas Dan Cantik

Apabila ada bakal pembeli nak tengok rumah, penyewa perlu memastikan rumah dalam keadaan kemas dan cantik. Baru datang mood membeli nanti.

Cuba bayangkan apa perasan klien apabila rumah dalam keadaan bersepah, lampu tak menyala, tandas kotor, rumah berbau busuk. Nak ke klien beli??

Emmmm. Tepuk dada gamaknya. Next rumah please….

Tempoh Penjualan Rumah

Maklumkan juga tempoh penjualan rumah tersebut. Sebagai penyewa mereka perlukan masa untuk mencari rumah yang baru, sediakan deposit dan macam-macam lagi.

Perkara ini boleh rujuk dengan ejen hartanah setempat. Insyallah ejen hartanah akan bagi anggaran tempoh masa jual beli selesai.

Secara am rumah freehold mengambil masa 4-5 bulan untuk selesai. Paling cepat 3 bulan.

Bagi rumah leasehold mengambil masa lebih lama. Anggaran 6-7 bulan.

Jual Rumah Penyewa Pun Gembira

Jadikan objektif jual rumah tanpa menganggu kehidupan seharian penyewa.

Jangan pula setiap hari ada temujanji bawa klien tengok rumah. Kalau boleh kumpul setiap klien dalam satu-satu masa. Penyewa juga ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan.

Bagi penyewa pula kena faham kenapa pemilik perlu menjual rumah. Bagi sedikit ruang agar objektif menjual rumah tersebut berjalan lancar.

Sebagai persediaan awal, penyewa dah boleh mencari rumah lain. Kalau dah jumpa rumah yang berkenan tu, boleh bincang baik-baik dengan tuan rumah untuk bagi notis keluar rumah.

Yang penting hubungan baik antara penyewa dan tuan rumah dapat dikekalkan. Tuan rumah senyum dapat hasil penjualan rumah, penyewa pun boleh terus tenang tinggal di rumah yang selamat untuk mereka.

Source here

Related posts

Cara Nak Tahu Harga Rumah Tanpa Pergi Pejabat Tanah

Ada yang tengah survey rumah ke sekarang ni? Barangkali nak beli rumah semakin mencabar tahun 2018...

Continue reading

Serius, Adakah Ini Penyelesaian Untuk Mereka Yang Tak Mampu Tinggal Di KL?

Berapa ramai yang bekerja dan pada masa yang sama menetap di Kuala Lumpur? Saya pasti tidak ramai...

Continue reading

Ada Beza Ke Lot Bumi Dan Rezab Melayu?

Ramai orang tersalah sangka antara Lot Bumi dan Rezab Melayu. Tapi tahukan anda, istilah Lot...

Continue reading