author Call Us: 012-628 4068

Compare Listings

Serius, Adakah Ini Penyelesaian Untuk Mereka Yang Tak Mampu Tinggal Di KL?

Serius, Adakah Ini Penyelesaian Untuk Mereka Yang Tak Mampu Tinggal Di KL?

Berapa ramai yang bekerja dan pada masa yang sama menetap di Kuala Lumpur? Saya pasti tidak ramai yang mampu untuk membeli hartanah di Kuala Lumpur.

Apartmen studio pun berharga RM400,000, manakala kebanyakan yang bekerja di Kuala Lumpur pula bergaji RM5 ribu sebulan. Daripada membayar sewa yang mahal di Kuala Lumpur, lebih rela duduk berjauhan sedikit dengan kadar sewa yang lebih murah.

Malah, kita dah biasa tersangkut dalam kesesakan trafik sehinggakan perjalanan sejam pergi dan sejam pulang ke rumah sudah menjadi lumrah hidup. Itu belum berlaku hujan lebat atau kemalangan, mahu bertambah lagi masa perjalanan.

Kualiti Hidup Kurang Disebabkan Tinggal Jauh Daripada Tempat Kerja

Keluar kerja matahari belum naik, balik rumah pula matahari dah terbenam. Bekerja untuk bayar hutang kereta, buat hutang kereta untuk pergi ke tempat kerja.

Persoalannya, apa yang kita dapat selepas beberapa tahun? Hanya penat lelah sahaja. Rumah di pinggir bandar pun kita sewa, nak beli tak mampu. Nak naik pengangkutan awam, dikatanya tak boleh hidup kalau takde kereta. Nak cari parking satu hal, bayar parking setiap hari cerita lain pula.

Banyak lagi kemudahan seperti Grab atau Uber yang ada, tapi masih hendak membawa kereta menghadap jem ke tempat kerja di Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur Bakal Hilang Daya Tarikan

Tidak dinafikan, Kuala Lumpur masih menjadi tumpuan syarikat untuk beroperasi di sana, tetapi ia menjadi lengang selepas waktu pejabat. Bayangkan siang hari penuh dengan manusia, di waktu malam pula menjadi sunyi sepi.

Bandar-bandar satelit seperti Damansara dan Petaling Jaya pula meningkat naik, dan menjadi pusat bagi makanan dan hiburan; malah lebih hebat daripada Kuala Lumpur.

Kesan jangka masa panjang kepada Kuala Lumpur, kemungkinan besar syarikat-syarikat kecil dan besar mula berpindah ke tempat lain yang menjadi tumpuan orang.

Perumahan Mikro Penyelesaiannya?

Kalau tak mampu beli rumah, mungkin rumah mikro ramai yang mampu? Cuba tengok video ni:

Microhousing: Big City, Small Living

The tiny house revolution has arrived in Malaysia. Find out how these 5 metre x 5 metre structures could change our cities completely.Read more: rage.com.my/big-city-small-living

Posted by R.AGE on 4hb Februari 2018

Berkeluasan 250 kaki persegi, barangkali kita rasa tak cukup kan untuk menampung kehidupan? Lagi-lagi mereka yang berkeluarga.

Tapi rekabentuk rumah mikro yang unik ini mampu menempatkan anjung kereta, ruang tamu, pantri, bilik mandi. Semuanya boleh dicustomize mengikut citarasa masing-masing, kerana ianya menggunakan dinding yang boleh dilipat.

Serius Adakah Ini Penyelesaian Untuk Mereka Yang Tak Mampu Tinggal - Serius, Adakah Ini Penyelesaian Untuk Mereka Yang Tak Mampu Tinggal Di KL?

Sumber: R.AGE

Rumah contoh ini terdapat terletak di Medan Pasar, Kuala Lumpur, dan ianya menjadi sebahagian daripada tarikan World Urban Forum ke-9  yang telah berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) baru-baru ini. Siap boleh pasang, buka balik, pasang semula di tapak pameran di KLCC.

Walaupun ruang peribadi dalam rumah adalah kecil, namun kita boleh berkongsi tempat makan, dapur dan bilk tetamu bersama-sama dengan komuniti.

Barulah meriah hidup berjiran.

Boleh Berjaya Ke Rumah Mikro?

1581805804 608 Serius Adakah Ini Penyelesaian Untuk Mereka Yang Tak Mampu Tinggal - Serius, Adakah Ini Penyelesaian Untuk Mereka Yang Tak Mampu Tinggal Di KL?

Sumber: R.AGE

Untuk itu, jom kita tengok masalah yang berjaya diselesaikan dengan konsep rumah mikro ini:

  • Rumah mampu milik di Kuala Lumpur
  • Tinggal berdekatan dengan tempat kerja
  • Jimat masa dan kos untuk ke pejabat
  • Tidak perlu bergantung kepada kenderaan sendiri, guna pengangkutan awam
  • Hidup berkomuniti, perlu berkongsi dengan jiran, secara tidak langsung kita kenal siapa jiran kita

Ada lagi tak rasa-rasanya?

Rumah mikro ini sangat sesuai bagi mereka yang bujang, atau mempunyai keluarga yang kecil. Dapat jugalah nikmat ada rumah sendiri. Biar kecil sekalipun, asalkan dapat memenuhi keperluan yang kita cari-cari ini.

Sumber Rujukan: R.AGE

Related posts

Cara Nak Tahu Harga Rumah Tanpa Pergi Pejabat Tanah

Ada yang tengah survey rumah ke sekarang ni? Barangkali nak beli rumah semakin mencabar tahun 2018...

Continue reading

Ada Beza Ke Lot Bumi Dan Rezab Melayu?

Ramai orang tersalah sangka antara Lot Bumi dan Rezab Melayu. Tapi tahukan anda, istilah Lot...

Continue reading

Apa Itu Airbnb? Juga Ada Fakta Menarik Airbnb

Bagi seorang pelabur hartanah, selain daripada menyewakan rumah atau kediaman secara tradisional...

Continue reading